Tangisan Rindu
Di suatu hujung petang
Ku sendirian menunggu pelangi
Andai aku tidak bertemu
Sebelum menjelang malam
Aku ingin tinggalkan pesan pada bayu
Duhai bayu tolong katakan pada pelangi
Lama aku menunggu dia di sudut ini
Seperti janji di dalam mimpi
Mungkin ada ketika aku terlena
Tidak perlu kau datang lagi
Kerana sudah banyak aku bermimpi
Tapi tiada di alam realiti
Di saat hampir senja
Awan hitam menurunkan titis hujan
Itulah airmata rinduku yang tidak kesampaian .
Bang Has
28 April 2011 .

Tiada ulasan:
Catat Ulasan