Duhai wanitaku
Sesekali menjelma dalam mimpi
Membawa kenangan lalu
Terasa begitu baru berlalu
Duhai wanita yang pernah ku cintai
Biarkanlah apa yang telah kau lakukan dulu
Ketika itu kau menjadi kekasih ku
Aku memaafkan diri mu
Kerana aku memahami
Cinta tidak dapat di paksa
Moga kau berbahagia di sana
Bersama dia yang kau puja
Moga dia tidak menghampakan kasih mu
Berbahagialahkau dalam syahdu asmara
Mungkin benar catatan dalam kamus cinta
Bercinta bukan bererti memiliki
Aku turut gembira andainya kau berbahagia
Tapi andainya kau menderita
Di tinggalkan dalam kecewa
Janganlah kau melakukan angkara
Memusnahkan kesucian diri mu
Di sini aku masih ada untuk mu
Cintaku pada mu tidak pernah terhenti
Cintaku telah bersatu dengan nafasku
Dan menjadi nyawa hidup ku .
Bang Has
20 April 2011 .

Tiada ulasan:
Catat Ulasan