followers

Salam kasih dari Bang Has

Semua karya dalam blog ini milik peribadi Bang Has . Anda tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran . Anda boleh copy dengan syarat, anda kreditkan ke link blog Bang Has .

Khamis, 21 April 2011

Kekalkan jujur hati

Kekalkan jujur hati


Usah terlalu kecewa ditinggal kekasih
Moga bertemu nanti insan yang sudi

Katakan pada hati
Aku dilahirkan bukan untuk kecewa
Aku dilahirkan bukan untuk derita
Dan jangan lupa berdoa
Agar bahagia kian tiba 

Usahlah terlena pada bicara dan janji indah
Cubalah memahami kejujuran hati
Jadikan pengalaman sebagai guru peribadi
Meneliti insan yang baru di temui 

Kita tahu betapa sakitnya dikecewa
Usah pernah ada rasa dendam
Untuk kecewakan orang lain
Moga kita jujur dalam cinta atau apa jua.

Bang Has

21 April 2011 .




Tiada ulasan:

Catat Ulasan