followers

Salam kasih dari Bang Has

Semua karya dalam blog ini milik peribadi Bang Has . Anda tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran . Anda boleh copy dengan syarat, anda kreditkan ke link blog Bang Has .

Isnin, 18 April 2011

Kasih dan sayang yang mati

Kasih dan sayang yang mati


Mati nya kasih dan sayang
Konon menutup malu pada sesama manusia
Anak comel baru dilahirkan
Hidup atau mati
Diletak di daerah tong sampah
Mungkin ada sedikit sisa kemanusiaan
Ditinggal di pintu masjid atau rumah .

Lakonan demi  lakonan
Ketika perut membesar
Ayah ibu tanpa menyedari
Terkejut mendapat cucu tanpa ikatan suami isteri
Kurangnya iman di dada
Terjadi dan terjadi .

Lihatlah si kucing
Menyusu anak amat manja mengasihi
Lihatlah si monyet
Anaknya sentiasa di dada dalam dakapan mesra.

Hidup putera puteri dalam wilayah keugamaan
Bukan hanya mengejar keidahan dunia
Moga terkunci kejahatan
Yakinkan adanya syurga dan neraka  .


Bang Has

3.1.2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan