followers

Salam kasih dari Bang Has

Semua karya dalam blog ini milik peribadi Bang Has . Anda tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran . Anda boleh copy dengan syarat, anda kreditkan ke link blog Bang Has .

Isnin, 11 April 2011

LELAKI PERINDU

LELAKI PERINDU
Hatinya semurni harapan
Hari hari di lalui penuh kerinduan
Merayu kasih dan sayang
Namun cinta tidak di temui
Bayangan wajah di awan
Jauh semakin jauh
Sesekali terduduk di tepian pantai
Melihat kiasan percintaan alam
Asmara lautan dan daratan
Kemesraan ombak dan pasir pantai
Teringin berkasihan seerat itu
Berapa lama perlu menanti
Kehadiran dewi cinta
Membawa kebahagiaan cinta
Tapi lelaki itu perlu insaf
Mungkin tiada cinta tiada bersyarat
Selalunya lelaki itu temui
Cinta menilai rupa dan harta
Andai masih ada semulia cinta
Di mana mana pun sudut dunia
Lelaki itu merindui mu .

Bang Has

4 april 2011 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan