followers

Salam kasih dari Bang Has

Semua karya dalam blog ini milik peribadi Bang Has . Anda tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran . Anda boleh copy dengan syarat, anda kreditkan ke link blog Bang Has .

Ahad, 17 April 2011

Carilah Sebenar Cinta

Cinta sejati adalah ketulusan hati
Cinta palsu lain di hati lain pengucapan bibir

Rindu pada kejujuran hati
Itulah kasih sayang yang murni 

Sayangnya manusia  yang permainkan cinta
lalu kejujuran sering di kecewa
Lalu ada insan yang mulai membenci cinta

Perlu apa bencikan cinta
Kerana yang berdusta adalah manusia
Menyalah gunakan ucapan cinta
Menggoda dan menggoda
Mungkin kerana nafsu
Mungkin kerana harta
Mungkin kerana apa saja
Kadang sukar untuk disangka

Ikatan cinta dusta itu bila bila masa terlerai
Mungkin bila hasrat sersirat tercapai
Mungkin juga ada mangsa lain yang lagi baik

Usah berputus asa kerana cinta dusta
Anggaplah sebuah drama saja
Mimpi yang datang tika senja
Hiduplah dalam nyata
Mencari sebenar cinta .


Bang Has
17 April 2011 .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan