followers

Salam kasih dari Bang Has

Semua karya dalam blog ini milik peribadi Bang Has . Anda tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran . Anda boleh copy dengan syarat, anda kreditkan ke link blog Bang Has .

Jumaat, 15 April 2011

Buat Yang Terlupa

Buat Yang Terlupa


Duhai insan insan pencari cinta
Tenanglah kau dalam pertemuan pertemuan mu
Biarkan kejujuran di bibir adalah tulus dari hati
Pilunya hati membaca madah derita
Kalbu dia yang dikecewa dalam cinta
Usah berkata cinta

Andai tiada rasa cinta dari hati
Biarkan dia pahit kerana tidak dicintai
Lebeh baik dari dia merasa pahit kerana didustai
Biasa terjadi di dunia ini
Kecewa cinta sanggup membunuh diri
Usah berkata cinta kerana kasihan
Kerana akhirnya mungkin dia akan ditinggalkan
Percintaan tanpa cinta akan bertemu kepayahan
Akan banyak ruang berlaku perpisahan

Usah pergunakan wajah elok yang dimiliki
Dengan senyuman yang menawan
Menggoda perasaan cinta insan lain
Tapi sebenarnya mempersembahkan kepalsuan cinta
Ingatlah duhai insan yang terlupa
Sesungguhnya dalam sekelip mata
Keelokan rupa boleh bertukar menjadi berwajah cacat .

Bang Has

14 April 2011.

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan