followers

Salam kasih dari Bang Has

Semua karya dalam blog ini milik peribadi Bang Has . Anda tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran . Anda boleh copy dengan syarat, anda kreditkan ke link blog Bang Has .

Khamis, 14 April 2011

USAH MENANGIS SAYANG

USAH MENANGIS SAYANG

Oh! Sayang menangis
Aku tahu kau ditinggal kekasih mu
Lalu kau terasa amat kecewa
Menangis bukan cara mu yang terbaik
Tanya pada hati atau jiwa mu
Di situ ada jawapan yang terpuji
Cinta palsu telah di persembahkan pada mu
Kau jadi terlena dalam manja belaian kata
Jangan kau kesal ...
Cinta sejati menunggu mu
Bangun ! Berdiri ! Jangan lemah !!!
Terus mencari kejujuran kasih dan sayang
 Kau bakal memperolehi asmara mulia
Seperti insan insan yang berbahagia
Dalam berusaha usah lupa doa .

Bang Has

14 April 2011 .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan