PERINGATAN KALA BERCINTA
Ketika dalam kedahagaan
Bertemu minuman terasa terlalu gembira
Waspadalah dalam suasana yang sebegitu
Ada yang pernah terjadi
Minuman di sangkakan madu
Rupanya racun berbisa
Begitu juga bila bertemu kata cinta
Usah terus jiwa tergoda
Agar tidak terjerat dengan dusta cinta
Insan yang pernah kecewa
Dialah yang tahu betapa deritanya kecewa
Namun jangan pernah berputus asa
Kerana betapa ramai insan yang bahagia bercinta
Andai bertemu lagi dengan insan menghulurkan cinta
Setelah melalui pengalaman keccewa
Biarkan parut parut luka jiwa menjadi peringatan
Sesungguhnya bicara manis di bibir
Tidak semesti dari kemanisan hati .
Bang Has
14 April 2011.
banghas : salam pekenalan ye...terima kasih bro, sudi follow blog ai...('',) indah sungguh...puitis bahasa yu ni...ai sangat suka...teruskan ye...
BalasPadamSalam kenalan .. terima kasih Bro ...
BalasPadambanghas : sama²...kip in tac...ai suka gaya penulisan bro ni, banyak yam ai buleh pelajari...ai ada gak soram rakan blogger sebelom ni, beliau suka gak buat entry puitis macam ni...tapi skam mana menghilang, mungkin beliau sibuk...
BalasPadamtq tq tq .. ceria selalu bro ..
BalasPadam