followers

Salam kasih dari Bang Has

Semua karya dalam blog ini milik peribadi Bang Has . Anda tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran . Anda boleh copy dengan syarat, anda kreditkan ke link blog Bang Has .

Jumaat, 22 April 2011

Percintaan

Apakah erti percintaan ???
Bila ada insan yg berkata bercinta sebelum kahwin perlu
Kerana untuk mengenali pasangan
Kerana untuk menilai kesesuaian


Bukankah percintaan itu sepatutnya
Setelah mengenali
Setelah ada kesesuaian .


Berkawan rapat di rasakan telah bercinta
Bermesra 2 dan bersentuhan di katakan bercinta
Bernafsu seks di katakan bercinta


Bila  di salah ertikan percintaan 
Lalu berlaku lah putus persahabatan di katakan putus cinta.

Sepatutnya erti percintaan ialah bila jiwa dan raga sudah dapat menerima 
Dan berada dalam suasana rindu dan kasih sayang yang jujur .


Bang Has

22 April 2011 .

2 ulasan:

  1. Cinta itu anugerah yang luas maknanya. Cinta nafsu akan membawa kesengsaraan kerana itu cinta yang dianugerahkan dari Syaitan. Carilah cinta sejati yang iklas nampak dari dalam diri berlandaskan syariah Islam. Itulah cinta anugerah dari Allah :)

    BalasPadam