Video di rakam pada petang 13 April 2011
BICARA DI SUDUT SUNYI
Dalam keriuhan kotaraya
Aku tersendiri di suatu sudut sunyi
Mencari erti perjalanan hidup ini
Memerhati arus sungai terus mengalir
Bagai waktu tidak pernah berhenti
Semakin jauh meninggalkan semalam
Namun kenangan tidak pernah pergi
Kekal berparut di hati
Seringkali berdarah menyiksa diri
Sekuat jiwa cuba ku lupai
Namun seperti bayu yang selalu mengelilingi
Begitulah cinta dapat hadir dalam sedetik ketika
Tapi meminta waktu sepanjang usia untuk melupainya
Aku tidak mahu dikuburkan sebelum mati
Aku terus berusaha dan berdoa
Agar kenangan pilu dapat ku hanyutkan keluas samudra
Aku teringin merasai bagaimanakah bahagia
Andai hadir cinta yang setia
Menghulurkan kasih dengan rela
Menyerahkan sayang tanpa terpaksa
Bersama membina syahdu mahligai asmara
Bersatu nafas di kamar cinta .
Bang Has
13 April 2011 .
puitis... :)
BalasPadamtq ...
BalasPadam