Al Faatihah Buat Insan
Moga damai kau di sana
Tuhan lebih sayangi diri mu
Aku tahu semasa hidup mu
Kau menyimpan rasa cinta pada seseorang
Biarpun aku seorang teman paling rapat mu
Aku juga kau rahsiakan siapakah wanita itu
Bila kau sudah pergi
Rahsia itu kau bawa bersama
Wanita yang kau cintai juga tidak tahu tentang cinta mu
Dalam dairi catatan hidup mu
Kau tulis perasaan hati mu
Kini dairi itu diberikan oleh ibu mu pada ku
Akan ku tulis hasrat hati mu dalam blog ku ini
Moga wanita itu akan membaca
Moga di takdirkan dia memahami
Biarpun kau tidak bersama di dunia
Moga cinta mu bersama di syurga
Apa yang aku lakukan
Di restui oleh ibu mu
Moga kau juga merelakan
Andai apa yang aku buat ini menjadi kesilapan
Maafkan aku duhai teman
Aku sangat sayangi diri mu
Moga kau Di Rahmati Nya
Bahagia bersama orang orang yang beriman .
Bang Has
1 Mei 2011 .
sedihnye cinta tak kesampaian,,
BalasPadamnape pendam je,
rasa rendah diri tak sebanding kot ...
BalasPadamtq . Cantekk