Benarkah ?
Cinta boleh hadir dalam sedetik waktu saja,
Namun memerlukan sepanjang usia untuk melupakan perasaan cinta.
Bang Has
Biarpun kita tidak pernah bertemu di dunia nyata,aku tetap merindui mu,udara yang menyentuhi tubuh mu,itulah hati ku yang membelai mesra jiwa mu .
followers
Salam kasih dari Bang Has
Semua karya dalam blog ini milik peribadi Bang Has . Anda tidak di benarkan mengambil tanpa kebenaran . Anda boleh copy dengan syarat, anda kreditkan ke link blog Bang Has .
Khamis, 29 Disember 2011
Ahad, 25 Disember 2011
Embun Yang Terpilu
Embun yang terpilu
Di tinggal kekasihnya dalam rindu
Menunggu pelangi pagi yang membisu
Kalbunya terus terharu
Di tinggal kekasihnya dalam rindu
Menunggu pelangi pagi yang membisu
Kalbunya terus terharu
Jumaat, 28 Oktober 2011
Aku Dan Cinta
Aku Dan Cinta
Tanpa kau tahu
Aku merindui dirimu
Tanpa kau tahu
Aku sayangi dirimu
Namun lidahku kelu
Menjadi bisu bila ku cuba berkata padamu
Menjadi bisu bila ingin ku ucapkan cinta padamu
Waktu-waktu berlalu
Anganku syahdu dan pilu.
Bang Has
28.10.2011.
Sabtu, 14 Mei 2011
HARAPAN CINTA
HARAPAN CINTA
Moga di sini cinta bermula
Keluarlah Sayang dari persembunyian mu
Aku begitu rindu menanti mu
Biarlah pertemuan di alam maya
Kita tujui wilayah asmara yang nyata
Izikan aku melafazkan cinta
Sudilah sayang melafazkan kasih
Kita akan lalui suasana perkasihan yang syahdu
Membina mahligai bahagia dari waktu ke waktu
Jangan pernah lupa berdoa
Memohon Kurnia Nya .
Bang Has
13.5.2011 .
Moga di sini cinta bermula
Keluarlah Sayang dari persembunyian mu
Aku begitu rindu menanti mu
Biarlah pertemuan di alam maya
Kita tujui wilayah asmara yang nyata
Izikan aku melafazkan cinta
Sudilah sayang melafazkan kasih
Kita akan lalui suasana perkasihan yang syahdu
Membina mahligai bahagia dari waktu ke waktu
Jangan pernah lupa berdoa
Memohon Kurnia Nya .
Bang Has
13.5.2011 .
Warkah Kekasih
Warkah Kekasih
Warkah warkah mu yang lalu dalam simpanan ku
Menjadi kenangan perkasihan kita
Tahukah diri mu Sayang
Di hatiku tetap cinta pada mu
Apakah kau sengaja menghilangkan diri
Buat aku tercari cari
Tapi engkau entah di mana
Tinggallah aku dalam rindu
Tinggallah aku dalam pilu
Bermimpi dengan bayang bayang diri mu
Berkhayal dengan angan wajah kasih mu
Kini aku dikunjungi warkah mu lagi
Syahdunya rasa jiwaku ini
Itulah yang sangat ku nanti
Menjadi hajat di hati
Ingin ku bersama mu
Sehidup dan semati
Aku tertanya sendiri
Apakah warkah ini dalam realiti
Atau hanya warkah mimpi
Dan aku terus hidup di alam ilusi ....
Bang has
13.5.2011 .
Warkah warkah mu yang lalu dalam simpanan ku
Menjadi kenangan perkasihan kita
Tahukah diri mu Sayang
Di hatiku tetap cinta pada mu
Apakah kau sengaja menghilangkan diri
Buat aku tercari cari
Tapi engkau entah di mana
Tinggallah aku dalam rindu
Tinggallah aku dalam pilu
Bermimpi dengan bayang bayang diri mu
Berkhayal dengan angan wajah kasih mu
Kini aku dikunjungi warkah mu lagi
Syahdunya rasa jiwaku ini
Itulah yang sangat ku nanti
Menjadi hajat di hati
Ingin ku bersama mu
Sehidup dan semati
Aku tertanya sendiri
Apakah warkah ini dalam realiti
Atau hanya warkah mimpi
Dan aku terus hidup di alam ilusi ....
Bang has
13.5.2011 .
Khamis, 12 Mei 2011
Bisikan Cinta Di Hati
Bisikan Cinta Di Hati
Di malam begini
Tika aku sunyi
Bayangan mu hadir bersama embun sepi
Tersenyum tanpa bicara
Siapakah diri mu duhai wanita .....
Berbicara dalam mimpi
Berkasih dalam ilusi
Bila lenaku terjaga dikejut pagi
Aku tercari cari
Satu wajah yang ingin ku temui ...
Itulah wajahmu Sayang
Tapi dalam realiti kau tidak seperti mimpi
Diam mu buat aku tidak mengerti
Aku menjadi perindu pada yang tak pasti ...
Ingin ku berbisik cinta pada mu
Tapi waktu itu tidak wujud pada ku
Aku hanya miliki kasih sayang mu
Dalam alam khayalan yang kontang
Tidak mampu untuk bertunas sebuah percintaan .
Bang Has
12.5.2011 .
IKLAS BERCINTA
IKLAS BERCINTA
Lafazkanlah ucapan kata cinta
Bila benar hati mencinta
Usah bermain dengan kemanisan bicara
Buat insan jujur tergoda ....
Usah berladang tebu di bibir yang manja
Namun di hati lain bicara .....
Berbicaralah semanis gula
Dari hati semanis madu ....
Dunia ini kadang bagai roda
Kadang kita buat insan kecewa
Mungkin ada ketika
Kita pula dikecewa ...
Bercintalah dengan kejujuran jiwa
Berbahagia sepanjang usia
Andai dikasihi cantik rupa
Rupa itu pasti luntur dimamah usia
Berwaspadalah memberi dan menerima cinta
Carilah cinta iklas dan setia
Jangan digoda harta dan rupa ......
Bang Has
12.5.2011 .
Rabu, 11 Mei 2011
BICARA JIWA
BICARA JIWA
Usah menangis kala dikecewa
Jangan sekali berputus asa
Berusaha dan berusaha
Jangan lupa berdoa.
Menangislah di kala berjaya
Agar tidak mudah lupa
Dari mana asal kita
Kepayahan yang telah dirasa .
Berbahagialah insan yang jujur setia
Tanpa dendam di dada
Kemaafan satu sifat yang mulia .
Rindulah pada yang rela
Cinta hadir tanpa terpaksa .
Bang Has
11/5/2011.
Usah menangis kala dikecewa
Jangan sekali berputus asa
Berusaha dan berusaha
Jangan lupa berdoa.
Menangislah di kala berjaya
Agar tidak mudah lupa
Dari mana asal kita
Kepayahan yang telah dirasa .
Berbahagialah insan yang jujur setia
Tanpa dendam di dada
Kemaafan satu sifat yang mulia .
Rindulah pada yang rela
Cinta hadir tanpa terpaksa .
Bang Has
11/5/2011.
Semanis mawar waktu pagi
Semanis mawar waktu pagi
Asmara yang lalu adalah percintaan masa kini
Khayalan yang di bayang suatu ketika
Itu lah kebahagiaan yang kita jumpa
Langkah kita bersama
Kita telah tewaskan berbagai gelombang
Kita terus bersedia menghadapi
Tabah kesabaran kejujuran di hati
Membawa kita kealam realiti
Kejujuran hati satu nilai budi yang tinggi
Jiwa raga menjadi lebeh mengerti
Bersama hari hari di lalui
Moga sentiasa mendapat rahmat Ilahi
Senyuman kini semanis mawar waktu pagi
Sangat bererti di kala matahari meninggi
Agar kepanasan tidak membakar diri
Agar jiwa tidak hanyut dalam taufan dunia .
Bang Has
23.12.2010 .
Ahad, 8 Mei 2011
Tutorial Blog untuk dapatkan alat Google Translate Page
Copy dan paste kod ini dalam blog anda, untuk dapatkan Google Translate Page .
<script src="http://www.gmodules.com/ig/ifr?url=http://www.google.com/ig/modules/translatemypage.xml&up_source_language=en&synd=open&w=160&h=60&title=Google+Translate+My+Page&lang=all&country=ALL&border=%23ffffff%7C3px%2C1px+solid+%23999999&output=js"></script>
<script src="http://www.gmodules.com/ig/ifr?url=http://www.google.com/ig/modules/translatemypage.xml&up_source_language=en&synd=open&w=160&h=60&title=Google+Translate+My+Page&lang=all&country=ALL&border=%23ffffff%7C3px%2C1px+solid+%23999999&output=js"></script>
Sabtu, 7 Mei 2011
Ibu
Ibu
Tulus kasih sayang mu
Kala dalam kadungan kau sabar menderita
Tika melahirkan kau bersabung nyawa
Dari kecil kau belai kau jaga
Jasa mu tak mengharap balasan harta
Selalu berdoa moga anak mu bahagia
Duhai anak jangan pernah kau terlupa
Di hati Ibu semurni cinta .
Bang Has
6 Mei 2011.
Jumaat, 6 Mei 2011
TERGODA
TERGODA
Ku temui satu wajah
Terpancar keindahan hati
Kau ucapkan semanis janji
Aku terlena dalam mimpi
Tanpa ku sedari tajamnya jelingan mata
Tajamnya bicara manja
Aku jadi tergoda
Jiwa berdarah luka tidak terasa .
Bang Has
6 April 2011 .
Khamis, 5 Mei 2011
PEMUJA YANG PILU
PEMUJA YANG PILU
Di kala petang bermega
Antara kelabu dihiasi warna putih bersih
Aku di bawah redup pepohon
Di pinggir kali yang terus mengalir
Deburan air terjun terpercik membasahi jiwa ku
Namun aku bagai di gurun
Panas rindu dalam keresahan
Dipanah api cinta mu
Bayu yang menyentuhi tubuh ku
Tiada henti henti membawa salam kasih mu
Rasa sayang itu melekat pada hati ku
Hanya bayang bayang mimpi
Asmara yang tersenyum murni
Aku tertanya tanya siapakah diri mu
Senja semakin tiba
Aku semakin terharu sangsi
Bila terbenam matahari
Mungkin bayang bayang itu tiada lagi
Pilu aku menjadi insan pemuja
Mencari cari di ruang syahdu yang tidak pasti .
Bang Has
5 Mei 2011 .
Rabu, 4 Mei 2011
Debu itu ......
Debu itu ......
Di pinggir kota
Berterbangan debu dibawa angin tanpa haluan
Seketika terhenti disentuhi embun di malam sunyi
Besok nya dibawa matahari berterbangan lagi
Sering hilang dari pandangan
Pernah ku lihat melukut di tepi gantang
Ada tidak mencukupkan
Tiada tidak mengurangkan
Begitulah lumrah alam
Emas melekat di dada menjadi hiasan
Batu kelikir terbiar di pinggir jalan .
Bang Has
24.12.2010 .
Selasa, 3 Mei 2011
Pusara cinta
Pusara cinta
Ku lihat di langit biru
Awan putih yang dulu sering mengukir rindu
Kini bertukar menjadi kelabu
Di celah celah nya ada pusara cinta
Masih hanyir darah di kain kafan
Dibawa embun menitis di dadaku
Di kala malam hitam sunyi
Wajah ketawa semalam masih terbayang
Terdengar dengar suara sopan manja
Kini bertukar menjadi petir dan hujan
Menenggelam pantai pantai indah
Tempat kita pernah berlari riang
Ku cari kasih dan sayang di situ
Namun tiada ku temu
Yang ada hanya kerinduan
Merimbun di hati dan jiwa .
Bang Has
25.12.2010 .
Isnin, 2 Mei 2011
SEMALAM HANYA DI TEMANI MIMPI
Perlu apa kau menangis
Perlu apa kau kecewa
Kata mu kau di tinggal kekasih mu
Kenapa kau mencintai orang yang tidak mencintai mu
Hentikan rasa cinta mu
Dia tidak jujur pada mu
Dia tidak setia pada mu
Cinta yang kau temui bukan cinta sejati
Kau temui cinta yang pura pura
Hari hari yang berlalu kau terlena
Kau hanya ditemani sebuah mimpi
Kini kau terjaga
Lihatlah panorama alam ini
Hitam putih kemanusiaan
Jadikan pengalaman sebagai pengajaran
Untuk mencari sebuah kejujuran .
Bang Has
2 Mei 2011
Cinta tersimpan di hati ..
Cinta tersimpan di hati ..
Rindu ku tersembunyi
Kau terus tidak mengerti
Pada hati ku penuh dengan kasih
Setiap denyut nafas ku mengucapkan sayang
Segalanya bersama bayangan wajah mu
Andainya di suatu ketika kau memahami
Di saat itu aku tiada lagi
Usahlah kau tangisi tentang rindu itu
Biarkan ia berlalu dalam asmara mimpi
Sebuah cinta misteri
Bersanding di pelamin khayalan
Aku juga ingin kau tahu
Sepanjang hayatku
Tidak pernah aku kesali
Memuja mu setiap detik waktu
Kadang ketika rindu ku tidak tertahan
Titis hujan yang terlepas dari awan
Adalah air mata pilu ku .
Bang Has
27.12.2010 .
Ahad, 1 Mei 2011
Al Faatihah Buat Insan
Al Faatihah Buat Insan
Moga damai kau di sana
Tuhan lebih sayangi diri mu
Aku tahu semasa hidup mu
Kau menyimpan rasa cinta pada seseorang
Biarpun aku seorang teman paling rapat mu
Aku juga kau rahsiakan siapakah wanita itu
Bila kau sudah pergi
Rahsia itu kau bawa bersama
Wanita yang kau cintai juga tidak tahu tentang cinta mu
Dalam dairi catatan hidup mu
Kau tulis perasaan hati mu
Kini dairi itu diberikan oleh ibu mu pada ku
Akan ku tulis hasrat hati mu dalam blog ku ini
Moga wanita itu akan membaca
Moga di takdirkan dia memahami
Biarpun kau tidak bersama di dunia
Moga cinta mu bersama di syurga
Apa yang aku lakukan
Di restui oleh ibu mu
Moga kau juga merelakan
Andai apa yang aku buat ini menjadi kesilapan
Maafkan aku duhai teman
Aku sangat sayangi diri mu
Moga kau Di Rahmati Nya
Bahagia bersama orang orang yang beriman .
Bang Has
1 Mei 2011 .
Ceritera pengembara waktu
Ceritera pengembara waktu
Dalam senja hitam ku menunggu fajar
Seketika aku di bawah langit terbuka
Tubuh layu ku di siram deburan embun
Bila dinihari makin di tinggalkan
Indahnya suria terbit di ufuk timur
Namun kilauan bulan dan bintang semakin pudar
Terima kasih ku ucapkan
Sudi menemani ku semalaman
Tika ku membilang waktu
Memerhati matahari makin meninggi
Pagi sejuk lembut semakin di tinggalkan
Duhai hati mengertilah perjalanan ini
Masa terus berlalu
Kembara kesatu arah yang pasti
Keindahan dunia pun sangat di kasihi
Tidak akan kekal di sini
Jangan di lupai perkataan mati .
Bang Has
28.12.2010 .
Dalam senja hitam ku menunggu fajar
Seketika aku di bawah langit terbuka
Tubuh layu ku di siram deburan embun
Bila dinihari makin di tinggalkan
Indahnya suria terbit di ufuk timur
Namun kilauan bulan dan bintang semakin pudar
Terima kasih ku ucapkan
Sudi menemani ku semalaman
Tika ku membilang waktu
Memerhati matahari makin meninggi
Pagi sejuk lembut semakin di tinggalkan
Duhai hati mengertilah perjalanan ini
Masa terus berlalu
Kembara kesatu arah yang pasti
Keindahan dunia pun sangat di kasihi
Tidak akan kekal di sini
Jangan di lupai perkataan mati .
Bang Has
28.12.2010 .
Sabtu, 30 April 2011
SEPUTIH CINTA
SEPUTIH CINTA
Di hati ku ada rindu
Jiwa ku terus merayu
Syahdu dalam pilu
Meminta minta kasih dari mu
Mengharap harap sayang dari mu
Di alam lena ku termimpi mimpi
Di alam jaga ku ternanti nanti
Mencari diri mu Sayang
Terlalu ingin bersama di sisi
Menjalinkan asmara nan sejati
Hidup di dalam cinta yang suci
Tersimpan dalam diri ini
Apakah sayang memahami
Tanpa ucapan ku beri
Apakah sayang juga seperti aku ini
Cinta mu tersembunyi
Sungguh aku tidak pasti
Sesungguhnya aku tidak berani
Insaf akan diri
Hanya sebutir kecil pasir di Gurun Sahara
Terlalu tiada nilai untuk di harga
Di kalbuku hanya seputih cinta .
Bang Has
30 April 2011 .
Mimpi seorang perindu
Mimpi seorang perindu
Sebalik gelombang samudera
Penghujungnya ku lihat bumi lautan dan langit bercantum
Di sanalah kau berada
Bayangan wajah mu sering menjelma
Bersembunyi sebalik selendang biru
Di kala ku melihat awan mengukir panoramanya
Wajah mu menjadi tetamu yang ku rindu
Hati ku memanggil manggil jiwa mu
Namun bayu datang pada ku
Tanpa membawa bisikan yang ku tunggu
Aku menjadi terharu
Tapi aku tenangkan kalbu ku
Ku anggap kau puteri yang sedang malu malu
Benarkah kau begitu sayang ku
Atau kau tidak pernah mengerti lambaian kasih ku
Tidak pernah ada wajah ku dalam mimpi mimpi mu
Apa pun yang sebenar nya berlaku
Aku ingin kau tahu
Sesungguhnya aku sangat syahdu dalam kerinduan ini
Seolah kau juga merindui aku .
Bang Has
28.12.2010 .
Di Kotaraya Di Rumahusang
Di Kotaraya Di Rumahusang
Salam sejahtera yang bergelar pemimpin
Kamulah juara juara pejuang
Kamulah juara juara keadilan
Piliharaya bakal menjelma
Mengekalkan yang lama atau memilih yang baru
Satu orang satu undi
Masing masing punya hak dan kepetingan tersendiri
Nanti akan berulang lagi
Pesta bercerita oleh pakar bercerita
Tentang kebaikan tentang keburukan
Tentang pembangunan tentang ugama
Berkali kali pemimpin dan bakal pemimpin datang
Bersih tanganku bersalam berulang kali
Dulu kita pernah bertemu mata
Jemputlah kerumah
Aku masih di rumahusang yang dulu
Berpuluh tahun aku terus membayar sewa
Jemputlah masuk jangan takut
Nampak ngeri tapi belum runtuh .
Bang Has
30 april 2011 .
Keadilan Yang Hilang .
Keadilan Yang Hilang .
Kadang terkenang pada desa
Aku tersendiri membilang usia
Di sini ku temui panorama kekalutan manusia
Di sini ku temui panorama kesunyian manusia
Mereka berbahagia
Mereka menderita
Ada yang menindas
Ada yang ditindas
Ada yang menunjuk ibu jari
Dialah pejuang
Ada yang menjerit
Akulah penyokong sanggup berkorban
Melaungkan Tasbih Kebesaran Tuhan
Mentafsir ayat ayat Quran
Menghembus asap rokok kepenatan
Keadilan hilang dalam asap kenderaan
Keadilan hilang dalam asap jerami kebakaran.
Bang Has
30 April 2011 .
Jumaat, 29 April 2011
SALAHKAH AKU MENCINTAI MU
SALAHKAH AKU MENCINTAI
Bila aku bertemu dengan mu
Hadir suatu rasa di hatiku
Rasa itu bersama denyut nafas ku
Aku mulai merindui diri mu
Jiwa ku berkata sayang pada diri mu
Kalbu ku berkata kasih pada diri mu
Biar kau jauh
Diri mu terbayang bayang di sisi ku
Bayu yang menyetuhi tubuh ku
Terasa hati mu menyentuhi hati ku
Bayu yang menyetuhi tubuh ku
Terasa hati mu menyentuhi hati ku
Itukah dikatakan cinta
Andai itulah cinta
Akulah insan yang mencintai diri mu
Salahkah aku
Menyatakan kejujuran hati ku
Aku bermohon harapan pada mu
Andai ini menjadi kesalahan
Usahlah ada rasa benci mu pada ku
Andai aku tidak dapat memiliki cinta mu di dalam realiti
Izinkanlah aku memilikinya biarpun hanya dalam fantasi .
Bang Has
29 April 2011 .
Khamis, 28 April 2011
Tangisan Rindu
Tangisan Rindu
Di suatu hujung petang
Ku sendirian menunggu pelangi
Andai aku tidak bertemu
Sebelum menjelang malam
Aku ingin tinggalkan pesan pada bayu
Duhai bayu tolong katakan pada pelangi
Lama aku menunggu dia di sudut ini
Seperti janji di dalam mimpi
Mungkin ada ketika aku terlena
Tidak perlu kau datang lagi
Kerana sudah banyak aku bermimpi
Tapi tiada di alam realiti
Di saat hampir senja
Awan hitam menurunkan titis hujan
Itulah airmata rinduku yang tidak kesampaian .
Bang Has
28 April 2011 .
Bicara hati
Bicara hati
Alam semakin sunyi
Ku buka jendela jiwa
Kelihatan langit hitam tanpa bulan
Pelangi sedang lena dalam persembunyian
Terbayang diri mu tanpa wajah
Menjadikan aku perindu sepanjang zaman
Sesekali terdengar suara burung malam
Memanggil kekasihnya yang hilang
Tadi tersesat dalam bayu siang
Digoda indah nya bicara dunia
Duhai burung malam
Bersabarlah kau menghadapi cabaran
Dunia ini masih luas
Kejujuran pasti masih ada
Suatu masa moga kau bertemu kejujuran .
Bang Has
29.12.2010 .
Suara dari kubur
Suara dari kubur
Ada jenazah sedang dikebumikan
Hari ini ku lalui lagi
Juga ada jenazah sedang dikuburkan
Aku terhenti seketika
Bayu berbisik sesuatu di telinga ku
Suara imam dari kuburan itu
sayu sayu kedengaran .
Mungkar dan Nakir dua malaikat
Juga hamba saperti engkau
Jawablah dengan tenang
Bila dia menyoal engkau
Siapa Tuhan engkau
Siapa Nabi engkau
Apakah Ugama engkau
Apakah Kiblat engkau
Siapakah Saudara engkau
Apakah Pegangan Iktikad engkau
Dan apakah Kalimah yang kau bawa
Bersama engkau di alam kubur .
Kalau aku
Tahukah menjawab nya
Sedangkan setiap yang hidup pasti menemui mati
Bilakah masa tidak di ketahui .
Sedangkan mati adalah benar
Soalan Mungkar dan Nakir itu benar
Dari kubur di hidupkan semula juga benar
Berkumpul di padang Mahsyar adalah benar
Di kira amalan baik dan buruk adalah benar
Syurga dan neraka adalah benar .
Aku berdoa
Moga kita semua hidup dalam beriman hingga kemati .
Bang Has
29.12.2010.
Rabu, 27 April 2011
Rerama terpilu
Rerama terpilu
Matahari siang ditutupi awan kelabu
Lembut indahnya murni alam
Tanpa panas sinaran membakar
Suasana bagai pagi
Taburan debu hujan bagai embun belum berhenti
Rerama perindu terbang bermain bayu
Terpegun melihat sekuntum bunga indah mewangi
Teringin hatinya menyentuhi
Jerih payah terbang menghampiri
Rupanya fatamorgana sekuntum bunga
Tersenyum manja di awan biru
Hatinya jadi terpilu
Seketika hanya di buai harapan syhadu
Segalanya hanya khayalan
Mimpi mimpi yang di kejut hari siang .
Bang Has
30.12.2010 .
Matahari siang ditutupi awan kelabu
Lembut indahnya murni alam
Tanpa panas sinaran membakar
Suasana bagai pagi
Taburan debu hujan bagai embun belum berhenti
Rerama perindu terbang bermain bayu
Terpegun melihat sekuntum bunga indah mewangi
Teringin hatinya menyentuhi
Jerih payah terbang menghampiri
Rupanya fatamorgana sekuntum bunga
Tersenyum manja di awan biru
Hatinya jadi terpilu
Seketika hanya di buai harapan syhadu
Segalanya hanya khayalan
Mimpi mimpi yang di kejut hari siang .
Bang Has
30.12.2010 .
Mawar Putih
Sekuntum bunga mawar
Menghiasi wajah mu
Ayunya putih nan murni
Keharuman sungguh mempersona
Jiwa ku jadi tergoda
Seketika kau berbicara
Sepatah pun aku tak lupa
Jadi penghuni di dalam hati
Menjadi bayangan sehari hari
Ingin ku sampaikan salam kasih
Dari kalbu ku yang sering pilu
Mungkinkah kau menyahut belaian sayang
Kadang aku takut untuk berkata
Dan aku terus merindu dalam tanda tanya .
Bang Has
27 April 2011 .
Menghiasi wajah mu
Ayunya putih nan murni
Keharuman sungguh mempersona
Jiwa ku jadi tergoda
Seketika kau berbicara
Sepatah pun aku tak lupa
Jadi penghuni di dalam hati
Menjadi bayangan sehari hari
Ingin ku sampaikan salam kasih
Dari kalbu ku yang sering pilu
Mungkinkah kau menyahut belaian sayang
Kadang aku takut untuk berkata
Dan aku terus merindu dalam tanda tanya .
Bang Has
27 April 2011 .
Isnin, 25 April 2011
Izinkan aku mencintai mu
Kini aku sendiri di sepi malam
Terkenang aku pada panorama petang
Ku lihat sepasang merpati
Terbang berlatarkan langit biru
Begitu riang bagai mesra pasangan berkasihan
Tika itu aku terbayang wajah mu
Alangkah indahnya andai kau bersama ku
Kau menjadi milik cinta ku
Dan kasih sayang mu kau serahkan untuk ku
Khayalan itu menikam hati ku di malam ini
Nyatanya aku bukan layak menjadi milik mu
Kecantikan wajah kelembutan budi mu
Tidak sebanding dengan ku manusia tak punya
Lalu aku bagai perindu pelangi
Warna warna indah mu
Hanya untuk seketika ditatapi
Tidak mungkin untuk dimiliki
Izinkanlah aku mencintai mu
Pun hanya di alam ilusi
Aku rela dengan kesakitan ini
Bersama penatian yang sangat sangat tidak pasti .
Bang Has
25 April 2011 .
Terkenang aku pada panorama petang
Ku lihat sepasang merpati
Terbang berlatarkan langit biru
Begitu riang bagai mesra pasangan berkasihan
Tika itu aku terbayang wajah mu
Alangkah indahnya andai kau bersama ku
Kau menjadi milik cinta ku
Dan kasih sayang mu kau serahkan untuk ku
Khayalan itu menikam hati ku di malam ini
Nyatanya aku bukan layak menjadi milik mu
Kecantikan wajah kelembutan budi mu
Tidak sebanding dengan ku manusia tak punya
Lalu aku bagai perindu pelangi
Warna warna indah mu
Hanya untuk seketika ditatapi
Tidak mungkin untuk dimiliki
Izinkanlah aku mencintai mu
Pun hanya di alam ilusi
Aku rela dengan kesakitan ini
Bersama penatian yang sangat sangat tidak pasti .
Bang Has
25 April 2011 .
SEMALAM
SEMALAM
Semalam telah pergi
Yang ada hanya kenangan
Cinta yang berbunga
Gugur dan layu
Harumnya kadang datang lagi
Meracun jiwa yang layu pilu
Ingin ku lupakan kisah itu
Namun bersebati di hati
Menjadi teman di kala sepi
Andai aku mampu kembalikan waktu
Di saat bertemu dengan mu
Akan ku tundukan muka ku
Agar mata ku tidak tergoda
Dan aku tidak mencintai diri mu
Alngkah baiknya kita tidak berkenalan
Dan aku tidak dikecewakan
Andai ku temui lagi
Insan seperti mu
Aku ingin lihat dengan hati
Agar aku tidak disakiti
Oleh rupa yang elok berseri .
Bang Has
24 April 2011 .
Ahad, 24 April 2011
Dikaulah Dek Sayang
Dikaulah Dek Sayang
Di halaman rindu ku
Ku temui senyuman manis sangat manja
Perkerti hati lembut bicara
Dikau Dek Sayang
Selalu terbayang bayang
Setiap malam hingga menjelma siang
Sayanglah menjadi puteri dalam istana asmara impian
Di hati ku kejujuran kasih dan sayang
Ingin bersatu dengan cinta mu
Ku cari sesuatu kerelaan
Aku benci keterpaksaan
Aku benci kepalsuan
Indahnya pengucapan perkasihan bibir
Andai itu seiklas suara hati .
Bang Has
24 April 2011 .
Aku Bangga Mencintai Mu
Aku Bangga Mencintai Mu
Akulah pungguk itu
Aku bukan merindu bulan
Ketika cahaya bulan tiada
Aku mendayu menyeru sinarnya
Bila sinarnya menyuluh bumi
Aku menyanyi berbahagia menikmatinya
Begitulah aku
Kadang hilang senyuman mu
Kadang melimpah sayang mu
Dalam arus dunia yang begitu misteri
Kau bagai bayu menyentuh tubuh ku
Belaian mu dapat ku rasai
Tanganku tidak dapat merasai diri mu
Begitu juga mata kasar ku
Tidak dapat melihat wajah mu
Aku begitu yakin satu ketika
Akan ku ukir wajah mu di langit biru
Dan akan ku tuliskan di situ
Kau adalah kekasih ku
Biarkan semua penghuni alam tahu
Aku begitu bangga mencintai mu
Nanti bersaksikan berjuta pandangan
Aku ingin berganding dengan mu
Melangkah di kapet merah
Menuju kepelamin impian .
Bang Has
30.12.2010 .
Akulah pungguk itu
Aku bukan merindu bulan
Ketika cahaya bulan tiada
Aku mendayu menyeru sinarnya
Bila sinarnya menyuluh bumi
Aku menyanyi berbahagia menikmatinya
Begitulah aku
Kadang hilang senyuman mu
Kadang melimpah sayang mu
Dalam arus dunia yang begitu misteri
Kau bagai bayu menyentuh tubuh ku
Belaian mu dapat ku rasai
Tanganku tidak dapat merasai diri mu
Begitu juga mata kasar ku
Tidak dapat melihat wajah mu
Aku begitu yakin satu ketika
Akan ku ukir wajah mu di langit biru
Dan akan ku tuliskan di situ
Kau adalah kekasih ku
Biarkan semua penghuni alam tahu
Aku begitu bangga mencintai mu
Nanti bersaksikan berjuta pandangan
Aku ingin berganding dengan mu
Melangkah di kapet merah
Menuju kepelamin impian .
Bang Has
30.12.2010 .
Salam tahun baru
Salam tahun baru
Tahun semalam yang ku tinggalkan
Selamat datang tahun baru
Atau aku yang menuju pada mu
Apapun yang sebenarnya berlaku
Semakin bertambah lama tarikh hari di lahirkan
Semakin dekat saat kematian
Tuhan ku
Kesilapan kesilapan yang semalam
Ampunkanlah aku
Engkau Yang Maha Besar Tuhan Ku
Besok bakal ku temu
Teguhkan lah iman ku
Moga aku taat pada larangan dan suruhan mu
Moga hidup dan mati ku dalam Islam
Aku rindu Syurga Mu
Jaukan lah aku dari neraka
Moga kami sejahtera dunia dan akhirat .
Bang Has
31.12.2010 .
Kubur saudaraku .
Sabtu, 23 April 2011
Harapan di pusara cinta
Harapan di pusara cinta
Maafkan aku
Andai memanggil diri mu sayang
Itu menjadi kesalahan
Tapi begitu lah yang ada di hati ku
Terlalu amat sayang pada mu
Terlalu amat kasih pada mu
Di malam ini
Tika aku melihat berjuta bintang di langit
Terlalu indah kerlipan satu bintang
Bicaranya santun berbudi
Terlalu ingin aku hendak bertemu
Kaulah bintang itu sayang
Namun yang di harapkan tak semesti terjadi
Ku memerhati bersama debaran
Mengajar erti lumrah kemanusiaan
Tentang kekayaan dan kemuliaan
Bintang itu semakin di lindungi awan
Lalu awan menjadi hujan
Asmara ku tersungkur ke bumi
Kalbu ku berdarah kepiluan
Bersemadilah harapan di pusara cinta .
Bang Has
31.12.2010 .
Maafkan aku
Andai memanggil diri mu sayang
Itu menjadi kesalahan
Tapi begitu lah yang ada di hati ku
Terlalu amat sayang pada mu
Terlalu amat kasih pada mu
Di malam ini
Tika aku melihat berjuta bintang di langit
Terlalu indah kerlipan satu bintang
Bicaranya santun berbudi
Terlalu ingin aku hendak bertemu
Kaulah bintang itu sayang
Namun yang di harapkan tak semesti terjadi
Ku memerhati bersama debaran
Mengajar erti lumrah kemanusiaan
Tentang kekayaan dan kemuliaan
Bintang itu semakin di lindungi awan
Lalu awan menjadi hujan
Asmara ku tersungkur ke bumi
Kalbu ku berdarah kepiluan
Bersemadilah harapan di pusara cinta .
Bang Has
31.12.2010 .
Jumaat, 22 April 2011
Percintaan
Apakah erti percintaan ???
Bila ada insan yg berkata bercinta sebelum kahwin perlu
Kerana untuk mengenali pasangan
Kerana untuk menilai kesesuaian
Bukankah percintaan itu sepatutnya
Setelah mengenali
Setelah ada kesesuaian .
Berkawan rapat di rasakan telah bercinta
Bermesra 2 dan bersentuhan di katakan bercinta
Bernafsu seks di katakan bercinta
Bila di salah ertikan percintaan
Lalu berlaku lah putus persahabatan di katakan putus cinta.
Sepatutnya erti percintaan ialah bila jiwa dan raga sudah dapat menerima
Dan berada dalam suasana rindu dan kasih sayang yang jujur .
Bang Has
22 April 2011 .
Bila ada insan yg berkata bercinta sebelum kahwin perlu
Kerana untuk mengenali pasangan
Kerana untuk menilai kesesuaian
Bukankah percintaan itu sepatutnya
Setelah mengenali
Setelah ada kesesuaian .
Berkawan rapat di rasakan telah bercinta
Bermesra 2 dan bersentuhan di katakan bercinta
Bernafsu seks di katakan bercinta
Bila di salah ertikan percintaan
Lalu berlaku lah putus persahabatan di katakan putus cinta.
Sepatutnya erti percintaan ialah bila jiwa dan raga sudah dapat menerima
Dan berada dalam suasana rindu dan kasih sayang yang jujur .
Bang Has
22 April 2011 .
Antara Kita
Antara Kita
Duhai teman nan setia
Andai berlaku kesilapan tidak di sedari
Tegurlah dengan kejujuran hati
Berhemah dan bersimpati
Beginilah insan biasa yang tidak sempurna
Kadang bertindak dengan anggapan baik
Namun yang sebenar di sebaliknya
lalu kemaafan dipohon
Persahabatan usah di hentikan
Mungkin ada jodoh di antara kita
Kita bena cinta yang rela
Aku jua seperti jiwa mu
Kalbu ku merindui asmara syahdu
Terlalu ingin menikmati kasih dan sayang
Bersama di kamar cinta bahagia
Pergilah duhai mega kelabu
Izinkan aku dalam belaian manja kekasih ku .
Bang Has
22 April 2011 .
Khamis, 21 April 2011
Terkesima dalam rindu
Terkesima dalam rindu
Menjadi embun dan rintik hujan hari ini
Ingin ku keringkan
Namu pilu tidak terhenti pada hati
Luka tetap berdarah pada jiwa
Benar agaknya rintihan kata pujangga
Cinta boleh hadir sekelip mata
Namun sepanjang hayat belum tentu dapat di lupa
Kenangan manis menjadi tersangat manis
Itu juga menjadi racun menikam dada
Dalam kabus pagi kau tersenyum
Senyuman itu bukan untuk ku lagi
Bayangan nya menjadi pecahan kaca
Menikam pandangan minda ku tanpa belas kasihan
Terkesima aku dalam rindu tanpa haluan
Membilang waktu di mimpi kejujuran
Di belai kepalsuan bertopeng keindahan
Bagai bayang pepohon di air
Musnah di gelombang arus .
Bang Has
1.1.11
Kekalkan jujur hati
Kekalkan jujur hati
Moga bertemu nanti insan yang sudi
Katakan pada hati
Aku dilahirkan bukan untuk kecewa
Aku dilahirkan bukan untuk derita
Dan jangan lupa berdoa
Agar bahagia kian tiba
Usahlah terlena pada bicara dan janji indah
Cubalah memahami kejujuran hati
Jadikan pengalaman sebagai guru peribadi
Meneliti insan yang baru di temui
Kita tahu betapa sakitnya dikecewa
Usah pernah ada rasa dendam
Untuk kecewakan orang lain
Moga kita jujur dalam cinta atau apa jua.
Bang Has
21 April 2011 .
Rabu, 20 April 2011
Jantung pisang celor
Jantung pisang celor + Sambal belacan + Ikan bakar tawar + Nasi panas .
Hu hu !!!! sedapnya .............
Hu hu !!!! sedapnya .............
Duhai wanitaku
Duhai wanitaku
Sesekali menjelma dalam mimpi
Membawa kenangan lalu
Terasa begitu baru berlalu
Duhai wanita yang pernah ku cintai
Biarkanlah apa yang telah kau lakukan dulu
Ketika itu kau menjadi kekasih ku
Aku memaafkan diri mu
Kerana aku memahami
Cinta tidak dapat di paksa
Moga kau berbahagia di sana
Bersama dia yang kau puja
Moga dia tidak menghampakan kasih mu
Berbahagialahkau dalam syahdu asmara
Mungkin benar catatan dalam kamus cinta
Bercinta bukan bererti memiliki
Aku turut gembira andainya kau berbahagia
Tapi andainya kau menderita
Di tinggalkan dalam kecewa
Janganlah kau melakukan angkara
Memusnahkan kesucian diri mu
Di sini aku masih ada untuk mu
Cintaku pada mu tidak pernah terhenti
Cintaku telah bersatu dengan nafasku
Dan menjadi nyawa hidup ku .
Bang Has
20 April 2011 .
SABARLAH HATI
SABARLAH HATI
Malam malam begini
Wajah mu selalu ku terkenang
Bicara manja mu terbayang bayang
Bagai diriku yang kau kata sayang
Namun kau jauh di sana
Lemas perindu dalam kerinduan
Dalam kegelapan malam
Bayu bertiup bagai membawa pilu
Di saat tiada bulan dan bintang
Jiwaku bertambah rawan
Bila jeritan cinta di hatiku
Mendesak bibir untuk berbicara
Namun latar hidup nan berbeza
Aku bagai tak berdaya untuk berkata cinta
Mungkin cintaku tak di terima
Menjadi malu pada diri mu
Dan aku mendapat nesta
Sabarlah duhai hati
Cubalah kau mengerti
Insan kekurangan seperti ku ini
Bagai setitis embun di malam hitam
Hilang tiada kelihatan
Tiada di bumi tiada di awan
Duhai cinta damailah di hati
Carilah kemurnian kasih
Moga ada saat engkau dikehendaki
Hadirlah dengan kejujuran sejati .
Bang Has
20 April 2011 .
Selasa, 19 April 2011
Pengalaman Cinta Duka
Pengalaman Cinta Duka
Jujur iklas mencari hati
Yang sudi memberi cinta
Menuju kealam asmara yang bahagia
Tanpa melanggar hukum Nya
Biar berkali diperdaya
Kekalkan kejujuran jiwa
Usah ikut menjadi pendusta cinta
Usah melepaskan dendam duka
Pada insan yang baru dijumpa
Biarlah derita yang pernah dirasa
Menjadi guru untuk lebeh dewasa
Menilai bicara cinta dengan bijaksana
Bukan untuk terus tidak percaya
Tapi berhati hati untuk menerima
Andai jatuh cinta lagi
Usah kesilapan terjadi lagi
Biarkan pisang selalunya berbuah sekali
Pastikan itu cinta sejati
Berdoalah pada Ilahi .
Bang Has
19 April 2011 .
Pelangi Yang Hilang
Pelangi Yang Hilang
Terhenti aku seketika di daerah ini
Mungkinkah aku terlena
Dalam gerimis debu hujan
Matahari sudi bersinar
Ku lihat indah nya pelangi
Menghiasi langit kebiruan
Warna warna nya sangat menawan hati
Seketika hilang dari pandangan
Aku menanti lagi pelangi itu
Seketika kemudian
Ku terdengar suara azan
Senja telah datang
Tiada lagi pelangi di waktu malam .
Bang Has
2011.
Terhenti aku seketika di daerah ini
Mungkinkah aku terlena
Dalam gerimis debu hujan
Matahari sudi bersinar
Ku lihat indah nya pelangi
Menghiasi langit kebiruan
Warna warna nya sangat menawan hati
Seketika hilang dari pandangan
Aku menanti lagi pelangi itu
Seketika kemudian
Ku terdengar suara azan
Senja telah datang
Tiada lagi pelangi di waktu malam .
Bang Has
2011.
Duhai Dek Sayang
Duhai Dek Sayang
Kaulah insan itu
Yang ku cintai dalam mimpi mimpiku
Yang ku kasih dalam khayalanku
Yang ku sayang dalam anganku
Diri mu ada di hatiku
Wajah mu berbayang di mindaku
Kalbuku tak berhenti melafas cinta pada mu
Fahamikah kau wahai Dek Sayang
Terlalu ingin aku
Bersamamu dalam ikatan syahdu asmara
Rela jujur dan setia .
Bang Has
19 April 2011 .
Kaulah insan itu
Yang ku cintai dalam mimpi mimpiku
Yang ku kasih dalam khayalanku
Yang ku sayang dalam anganku
Diri mu ada di hatiku
Wajah mu berbayang di mindaku
Kalbuku tak berhenti melafas cinta pada mu
Fahamikah kau wahai Dek Sayang
Terlalu ingin aku
Bersamamu dalam ikatan syahdu asmara
Rela jujur dan setia .
Bang Has
19 April 2011 .
CINTANYA
Aku cinta pada mu
Tapi aku hanya satu titik seni ombak
Di dada samudera yang luas
Mampukah aku dilihat hati mu
Andai aku ada di hati mu
Akulah insan paling bertuah
Itulah hati yang ku cari
Cintanya tanpa syarat
Cintanya kerana cinta
Moga suatu masa kita bersua
Kamar jiwa yang kini kesepian
Tidak akan lara lagi
Akan bahagia dengan kejujuran cinta
Dua jiwa menjadi satu hati
Setia sehidup semati
Janji dan doa kita .
Bang Has
19 April 2011.
Tapi aku hanya satu titik seni ombak
Di dada samudera yang luas
Mampukah aku dilihat hati mu
Andai aku ada di hati mu
Akulah insan paling bertuah
Itulah hati yang ku cari
Cintanya tanpa syarat
Cintanya kerana cinta
Moga suatu masa kita bersua
Kamar jiwa yang kini kesepian
Tidak akan lara lagi
Akan bahagia dengan kejujuran cinta
Dua jiwa menjadi satu hati
Setia sehidup semati
Janji dan doa kita .
Bang Has
19 April 2011.
Isnin, 18 April 2011
JUJUR DAN RELA
JUJUR DAN RELA
Dalam damai senja
Ku berdoa agar kau di sana berbahagia
Mahu mu adalah mahu ku
Sabarlah Dek Sayang menunggu
Saat saat kitakan bertemu
Kita akan perkatakan dalam alam nyata
Segala salam yang selama ini dibawa bayu
salam rindu dari jiwa ku dan jiwa mu
salam kasih dari hati ku dan hati mu
Salam sayang dari kalbu ku dan kalbu mu
Moga kata cinta antara kita tidak ada dusta
Segalanya jujur dan rela .
Bang Has
18 April 2011 .
AKU CINTA
AKU CINTA
Wajahku tidak kacak untuk dibangga
Aku miliki cinta
Cinta itu dari hati ku
Aku miliki kasih dan sayang
Kasih dan sayang itu dari jiwa ku
Ku persembahkan pada mu
Dengan penuh rela dan jujur
Untuk mu selama lamanya
Andai benar kau mencintai aku
Ku bawa diri mu dalam ruag hidup asmaraku
Moga kita berbahagia dari masa kesemasa
Dalam pelukan cinta yang kita cinta
Jangan pernah lupa berdoa
Moga kita dalam Rahmat Nya .
Bang Has
18 April 2011 .
Kasih dan sayang yang mati
Kasih dan sayang yang mati
Konon menutup malu pada sesama manusia
Anak comel baru dilahirkan
Hidup atau mati
Diletak di daerah tong sampah
Mungkin ada sedikit sisa kemanusiaan
Ditinggal di pintu masjid atau rumah .
Lakonan demi lakonan
Ketika perut membesar
Ayah ibu tanpa menyedari
Terkejut mendapat cucu tanpa ikatan suami isteri
Kurangnya iman di dada
Terjadi dan terjadi .
Lihatlah si kucing
Menyusu anak amat manja mengasihi
Lihatlah si monyet
Anaknya sentiasa di dada dalam dakapan mesra.
Hidup putera puteri dalam wilayah keugamaan
Bukan hanya mengejar keidahan dunia
Moga terkunci kejahatan
Yakinkan adanya syurga dan neraka .
Bang Has
3.1.2011.
Langgan:
Catatan (Atom)